Subscribe:

Pages

Wednesday, May 23, 2012

Herbalife

Pengasas Herbalife, Mark Hughes

Herbalife International diasaskan oleh Mark Hughes, di mana beliau memulakan perniagaan beliau pada Februari 1980 dengan memasarkan produk pengurusan berat daripada bonet kereta. Beliau memulakan perniagaan produk pengurusan berat badan ini kerana terkesan dengan kehilangan ibunya yang telah meninggal dunia akibat daripada tabiat pemakanan yang tidak baik dan menggunakan pendekatan yang tidak sihat dalam menurunkan berat badan.


Herbalife International merupakan syarikat yang memasarkan produk pengurusan berat badan dan penjagaan kulit di bawah jenama Herbalife. Rangkaian produk yang dipasarkan oleh Herbalife termasuklah shake protein, snek protein,  produk penjagaan peribadi dan makanan tambahan untuk tenaga dan kecergasan.

Shake protein Formula 1 iaitu shake pengganti makanan yang berasaskan soya merupakan produk utama syarikat Herbalife dan merupakan produk pertama yang diperkenalkan di pasaran pada peringkat permulaannya. Rangkaian produk Herbalife termasuklah produk penjagaan kesihatan jantung, kulit, penghadaman. Sesetengah produk Herbalife sangat sesuai kepada mereka yang vegetarian dan mementingkan status halal. Herbalife membuktikan kejayaannya dengan testimonial dan nasihat daripada pakar kesihatan dan menggunakannya sebagai salah satu kaedah pemasaran.

Sehingga kini, Herbalife telah memasarkan produknya ke 81 negara di seluruh dunia dengan jaringan perniagaan seramai 2.1 juta pengedar bebas, yang mana sebahagian daripada mereka ini telah menjana pendapatan dengan penjualan produk dan juga komisen tambahan daripada skim MLM yang digunapakai.